The Heartbeats of Penangites home - about us - e-ditorial - partners/communities - bbmail



Bukit Bendera Representation In Parliament



REPLIES TO QUESTIONS FROM MPs in PARLIAMENT

In Parliament, Chia would represent the Minister of Energy, Communications and Multimedia in replying questions posed by MPs to the Ministry. Selected replies/extracts are provided below:


BILANGAN SYARIKAT BERTARAF MSC

Pada 24hb October 2000, Chia mewakili Menteri Tenaga, Komunikasi Dan Multimedia menjawab soalan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen dari Bachok, YB Nik Wan Yusof mengenai projek MSC. Chia memberitahu bahawa biilangan syarikat yang diberi taraf MSC sehingga 1 Oktober ialah 370. Mengikut rancangan perniagaan (business plan) yang dikemukakan kepada MDC, jumlah pelaburan serta bilangan pekerjaan, mengikut pecahan syarikat tempatan dan syarikat luar negeri adalah seperti berikut;

 

Bilangan

Jumlah Pelaburan

Jumlah Pekerja

Syarikat Tempatan

225

RM 3,508 mil

14,152 Orang

Syarikat Asing

133

RM 1,062 mil

8,200 Orang

Syarikat Usaha sama

12

RM 38 mil

816 Orang

Jumlah

370

RM 4,608 mil

23,168 Orang

Mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh MDC bagi memastikan projek MSC berjaya mengikut jadual, Chia juga berkata, jika dibandingkan dengan projek-projek pembangunan ekonomi berasaskan pengeluaran (P economy), projek MSC ialah projek ‘Knowledge-economy’ ataupun ‘K-economy’. Projek-projek K-economy mementingkan persefahaman, permuafakatan serta kerjasama diantara syarikat-syarikat malah diantara negara-negara yang mengamalkan K-economy, terutama dibidang perniagaan e-commerce. Justeru itu tidak terdapat banyak halangan luaran yang mengganggu-gugat perlaksanaan projek MSC.



Mesyuarat Panel Penasihat MSC (IAP)

Apabila Chia menjawab soalan lisan yang ditanyakan oleh YB Wan Nik Wan Yusof, Ahli Parlimen Bachok, beliau menerangkan bahawa Mesyuarat Panel Penasihat MSC (IAP) yang telah diadakan pada bulan Ogos 2000 telah membuat keputusan/rumusan seperti berikut:

1.  Membantu syarikat-syarikat bertaraf MSC memasarkan produk dan perkhidmatan mereka         
    ke
 peringkat antarabangsa.

2.  Mempromosikan projek MSC ke peringkat antarabangsa melalui ekspo seperti ekspo di ‘Langkawi  
    International Dialog’
dan di ‘Sun Technology Centre, Washington’ serta di lain-lain tempat.

3.  Memberi peluang pakar-pakar Malaysia di bidang sains hayat untuk membangunkan dengan izin
    ‘bio-chip’.

4.  Pembangunan Malaysia sebagai pusat kepakaran untuk teknologi dengan izin ‘mobile commerce, call
    centre management, e-commerce’ dan lain-lain.

5.  Pembangunan kepakaran Malaysia didalam pembangunan teknologi pendidikan jarak jauh dan sistem
     pengurusan pengetahuan.

6.  Membangun kepakaran Malaysia di bidang perubatan herba melalui perlaksanaan, dengan izin
    ‘telehealth’.

7.  Membangun sistem latihan dan akreditasi di bidang ICT untuk pengurus-pengurus peringkat
    menengah.

8.  Membangun kepakaran Malaysia di bidang pengurusan maklumat serta pendidikan jarak jauh.

9.  Penubuhan sumber modal teroka bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat bertaraf MSC.

10. Insentif-insentif khusus bagi syarikat-syarikat yang membuat pelaburan besar didalam 
     projek MSC.

11. Forum teknologi tahunan anjuran bersama MDC dan Lucent Technologies (Malaysia) Sdn Bhd.

12. Pembangunan projek perisian, dengan izin ‘multilingual multimedia authoring system’

Tujuan utama diwujudkan IAP ialah untuk membolehkan ahli-ahli IAP, yang terdiri daripada pakar-pakar teknologi, ketua-ketua syarikat gergasi ICT dunia, bermesyuarat dan bertukar-tukar pendapat dengan YAB PM serta ahli-ahli IAP tempatan. Memandangkan forum ini amat berfaedah maka ianya perlulah diteruskan supaya Malaysia senantiasa dapat mengumpul maklumat terkini dalam perkembangan teknologi. Maklumat-maklumat ini amat penting dan membolehkan Malaysia menangani isu-isu negatif sekiranya ada, yang mungkin akan menganggu-gugat perlaksanaan projek MSC.

Sebaliknya matlamat penubuhan MDC pula adalah untuk merancang, meransang serta memantau perlaksanaan projek MSC. Selain daripada MDC juga berfungsi sebagai, dengan izin ‘one-stop-centre’ bagi pelabur-pelabur untuk berurusan dengan Kerajaan. Oleh yang demikian fungsi dan operasi IAP tidak langsung bertindih dengan MDC.

 

Maklumat Tambahan

Mesyuarat Panel Penasihat MSC telah diadakan sebanyak empat kali .

Tahun

Tempat

Tema

1997

Stanford University, USA

Pelancar MSC

1998

Cyberjaya, Selangor

Pelancar Aplikasi Perdana

1999

Cyberjaya, Selangor

Perlaksanaan Infrstruktur & Infostruktur

2000

Cyberjaya, Selangor

Era Globalisasi & Projek MSC

 

Maklumat Tambahan

Question: Statistics on the expected number of companies at the time the MSC was set up compared to the actual number now - which would show MSC is ahead of target.

Indikator

1997

Sehingga kini 20.10.2000

Bilangan syarikat yang diberi taraf MSC ( MSC-Status)
Sasaran sehingga tahun 2003: 500 buah syarikat

94

381

Bilangan syarikat bertaraf dunia ( world-class) yang di beri taraf MSC ( MSC- Status)
Sasaran sehingga tahun 2003: 50 buah syarikat bertaraf dunia

13

38

Bilangan syarikat hakmilik Rakyak Malaysia
Sasaran sehingga tahun 2003: 350 buah syarikat hakmilik rakyat Malaysia

46

234

Q2: Comparison with neighbouring countries , in particular Hong Kong, Singapore, Thailand and Indonesia ( Nusantara 1 ), cost comparison, premises etc.

Pendahuluan :MSC di Malaysia
Sebuah kawasan seluas 15x50Km yang telah diiktirafkan sebagai 'test-bed' untuk membangunkan produk, applikasi dan perkhidmatan multimedia dan IT. Applikasi Perdana (Flagship applications) dipilih sebagai "pilot project " untuk meningkatkan perkhidmatan kerajaan, dayasaing industri serta peningkatan taraf kehidupan rakyat.

Singapore One di Singapore
Jaringan jalurlebar ( broadband network ) yang disediakan untuk seluruh negara yang bertujuan untuk membekalkan/menyediakan applikasi dan perkhidmatan multimedia kepada setiap rumah, sekolah dan pejabat.

Cyberport di Hong Kong
Kawasan seluas 260 x 1000 m2 yang di khaskan untuk menarik dan menyokong syarikat-syarikat yang mengusahakan pembangunan perkhidmatan serta "multimedia content".

Software Park di Thailand
Merupakan bangunan seluas 3,000 meter persegi yang telah mula beroperasi pada May 1999. Bangunan ini " Software Park Building "dikhaskan untuk menampung pusat incubator yang menyokong usahawan kecil dan sederhana dalam perusahaaan perisian ( software,) pusat pengeluaran perisian .

Nusantara21
Projek ini bertujuan untuk menyediakan wahana berbasis teknologi telekomunikasi dan informasi nasional yang mengtransformasikan bangsa Indonesia dari masyarakat tradisional (traditional society). Menjadi masyarakat yang berwawasan dan berbasis pengetahuan
( knowledge based society )

Parameter

Negara-negara yang dibandingkan

 

MSC

Singapore One

Cyberport

Softare Park

Nusantara 21

A. BilanganSyaraikat

         

1997

94

226

Cyberport berhasrat untuk menampung 30 syarikat Sederhana

Dan 100 Syarikat kecil dan sederhana

Setakat April

1999, sebanyak 22 syarikat telah mengesahkan

untuk beroperasi di sini

N/a

1998

195

217

N/a

1999

300

230

 

 

Parameter

Negara-negara yang dibandingkan

 

Malaysia

Singapore

Hong Kong

Thailand

Indonesia

Punca Maklumat:

World Competitive Yearbook 2000

B. Kos penyewaan
pejabat Di negara tersebut

US 1.05

US 3.53

US 5.97

US 0.93

US 1.27

 

Cyberjaya

di MSC

Singapore

Cyberport

Hong Kong

Software Park

Thailand

Nusantara 21

Indonesia

C. Kos penyewaan
pejabat di Bandaraya

Terpilih

US 1.00- 1.10 untuk kelusan

Kaki persegi

N/a

HKD 10 untuk keluasan kaki per segi

200 Baht

untuk keluasan

meter persegi

N/a

 

 

Universal Service Provision (USP)

Mengenai soalan lisan yang ditanya oleh YB Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Bentong, Chia memberitahu dewan bahawa, pada masa ini peruntukan program perkhidmatan sejagat dengan izin, (Universal Service Provision–USP) adalah dijalankan oleh Telekom Malaysia Berhad sebagai pembekal utama perkhidmatan sejagat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Sementara syarikat-syarikat komunikasi lain menyertai program ini dengan memberi sumbangan kewangan masing-masing. Jumlah perbelanjaan USP adalah dianggarkan dalam lingkungan RM300 juta setahun.

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan USP, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah termasuklah pelaksanaan tabung USP dengan mekanisma baru USP yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Skim baru ini dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2001.

Maklumat Tambahan

Universal Service Obligations (USO)

1. KTKM telah mengeluarkan satu pernyataan dimana Telekom Malaysia (TMB) menjadi 
   pembekal
 utama USO untuk tempoh 2 tahun mulai 1.1.1999 sehingga tahun 2001. 
   Lain-lain pengendali rangkaian akan membuat sumbangan masing-masing berdasarkan saiz pasaran
   (market share) kepada TM. Sebagai contoh, untuk tahun 1999 pembahagian sumbangan adalah
   seperti berikut:

Agensi/Syarikat

(RM /Juta )

Celcom

50.0

Digi

3.2

Maxis

19.6

Time

9.0

Mobikom

13.8

Jumlah

95.6 (Juta/Setahun)

 

2. Rangka kerja kawalselia (TRD 006/98) telah dikeluarkan pada 15 Julai 1998 dengan anggaran
    kos USO sebanyak RM300 juta

3. Kementerian ini sedang merangka Mekanisma USO yang baru secara bersama dengan SKM untuk
   dikuatkuasakan selepas tahun 2001. Mekanisma tersebut akan merangkumi dana USO yang   
   menyamai dana yang telah dilaksanakan oleh Sektor Tenaga.

 

Tahap Penggunaan Komputer Peribadi

Mengenai soalan mengenai perbandingan penggunaan komputer peribadi di negara kita dengan negara lain Chia memberitahu Ahli Parlimen YB Hoo Seong Chang dari Kluang bahawa tahap penggunaan komputer peribadi di Malaysia bagi tahun 1999 adalah sebanyak 9 orang bagi setiap 100 penduduk berbanding dengan 39 orang bagi Singapura, 33 orang bagi negara Jepun dan 36 orang pula di Hong Kong. Sehingga Jun 2000 kadar pemilikan komputer peribadi ini di Malaysia telah meningkat kepada 13 orang bagi setiap 100 penduduk.

 

Maklumat Tambahan


Kadar Pemilikan Komputer Bagi Setiap 100 Orang, Tahun 1999


NegaraKadar Bagi Setiap 100 Orang

USA

53.89

AUSTRALIA

49.2

UNITED KINGDOM

37.9

HONG KONG

36.02

JAPAN

32.55

FRANCE

31.89

GERMANY

31.74

TAIWAN

26.01

KOREA

18.13

CHINA

9.7

INDIA

5

SINGAPORE

39.09

MALAYSIA

9.45

THAILAND

4.04

PHILIPPINES

1.95

INDONESIA

1.34

Sumber:’The World Competitiveness Yearbook 2000’

Nota: Kadar penggunaan adalah dianggarkan tiga orang pengguna untuk setiap komputer .

 

 

Benefits of MSC

Concerning the malice of the West towards the MSC, Chia stressed that the MSC is an initiative of the government to develop the Information Technology (IT) and local multi-media as an engine towards the formation of a new national economic era.

The MSC is Malaysia’s response towards globalisation whereby control of high technology would determine the competitiveness of a nation for the future.

He said the MSC must be looked upon as an intelligent and important measure to prevent the West from "colonising" Malaysia's economy.

Among the benefits of the MSC are:

   1. Transfer of technology and knowledge in IT and multi-media from overseas firms to 
      Malaysian companies through joint ventures. Transfer of technology through training and
      education to mould a knowledgeable local workforce.

   2. Creation of job opportunities for "knowledge workers" in IT and multimedia, thus stressing
      the importance of IT, especially among the younger generation. IT research and
     engineering programmes offered by local institutions of higher learning are in big demand.
      It is estimated that by the year 2005, at least 108,000 "knowledge workers’’ are needed. 


   3. Involvement of giant IT multi-media companies such as Microsoft, IBM and HP in the MSC
       project will open more opportunities for SMIs and IT companies.

 



MEASURES TO NARROW DIGITAL GAP

The government has taken several measures to narrow the digital gap between urban and rural users of the internet.

The measures would also ensure that internet services provided commensurate with payment of fees.

Under Budget 2000, RM318 million would be spent to implement the "Wireless in Local Loop’’ system which would benefit 120,000 users in the rural areas.

The objective of the E-Community project was to introduce technology information and communication to the rural folk so as to benefit them in economy and education through facilities such as the telephone and internet.

Among the pioneer projects being carried out are Desa AIM at Pendang, Kedah and Kota Semarahan (Sarawak) and Project E-Bario, in Sarawak.

The government was also giving incentives to the public to own personal computers through withdrawals from the EPF.

On the Rural Internet Centres Project, the government started the project at Kampung Sungai Ayer Tawar, Selangor, on March 1; Kanowit, Sarawak, on March 15; Kubang Pasu, Kedah on May 14; Kepala Batas, Pulau Pinang on May 15; Batu Kikir, Negeri Sembilan on August 17 and Sungai Rambai, Melaka on August 18.

More such projects would be implemented in other parts of the country and the Ministry was confident the projects would spur the growth of e-economy and e-commerce.

 



Specific laws to prosecute those who abuse internet facilities

Apart from the present laws such as the Computer Crime Act and the Digital Signature Act, the Ministry of Energy, Communications and Multi-Media is proposing a new law to instill more confidence for consumers to use the internet for business and other matters in the country involving confidential information.

Answering a question at the Dewan Rakyat in the March sitting, Chia reiterated that though the government would not "filter’’ contents in the internet, existing laws are sufficient to prosecute internet users who spread falsehood, rumours and obscene materials.

He said that from July onwards, those who lied, committed fraud or used threats in the internet would be prosecuted under the Communications and Multimedia Act under Section 233 and they were liable to face a fine not exceeding RM50,000 or a jail term not exceeding one year or both.

 



Bukit Bendera Community towards E-Penang





Thank You For Your Visit

© Bukitbendera.com.my. All Rights Reserved.